Applications for the Journalism Emergency Relief Fund are now closed. For additional resources, please visit the Google News Initiative Training Center.
Journalism Emergency Relief Fund - Cara permohonan
Gambaran Keseluruhan
Google telah melancarkan Journalism Emergency Relief Fund (Tabung Bantuan Kecemasan Kewartawanan) global melalui Google News Initiative untuk membantu organisasi-organisasi berita bersaiz kecil dan sederhana dalam penyampaian berita asli kepada masyarakat setempat – sila semak syarat kelayakan di bawah. Tabung ini bertujuan untuk menyokong penjanaan kewartawanan asli kepada masyarakat setempat ketika pandemik COVID-19. Beroperasi secara global, ia akan menyediakan alternatif mudah dicapai kepada bantuan kewangan yang diperlukan ketika waktu kritikal ini.
Proses Permohonan
Permohonan boleh dihantar bermula Rabu, 15 April 2020. Tempoh permohonan akan berakhir pada 29 April 2020, jam 11:59 p.m. Waktu Pasifik, dan berkemungkinan dilanjutkan atau disingkatkan bergantung kepada budi bicara Google. Kami menggalakkan anda menghantar permohonan secepat mungkin. Kami akan memproses permohonan secara berterusan.
Melalui borang permohonan dalam talian kami, anda akan diminta untuk memberi maklumat asas tentang penerbitan dan keseluruhan organisasi anda (jika berkaitan) serta memaklumkan kami tentang bagaimana dana tersebut akan digunakan. Dengan menghantar permohonan, anda menerima dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Journalism Emergency Relief Fund. Permohonan akan dipertimbangkan dan diluluskan secara berterusan. Semua pemohon akan dimaklumkan mengenai status permohonan mereka melalui e-mail secepat mungkin. Sila ambil maklum bahawa kami dijangkakan akan menerima permohonan pada kadar yang tinggi dan oleh itu, kami tidak dapat menjamin respon pada waktu yang spesifik, namun kami akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu anda sepanjang proses ini. Kami bermatlamat untuk memberikan dana tersebut sepantas mungkin.
Jika anda memerlukan bantuan tambahan ketika melengkapkan borang sila e-mel jerfund@google.com
Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan
- Organisasi-organisasi berita bersaiz kecil dan sederhana yang menerbitkan berita asli buat masyarakat setempat ketika krisis ini.
- Para pemohon yang layak harus mempunyai kehadiran digital dan telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 12 bulan.
- Journalism Emergency Relief Fund menyasarkan bilik-bilik berita yang menggaji antara 2 – 100 wartawan bertaraf pekerja sepenuh masa (full-time employee, atau FTE).
- Penerbitan awam yang menggaji lebih 100 wartawan FTE masih boleh memohon dan permohonan bergantung kepada pertimbangan Google, sebahagian besarnya berdasarkan keperluan berbeza di negara/rantau berlainan.
- Organisasi harus diperbadankan atau didaftarkan di salah satu geografi berkelayakan. Organisasi yang tidak diperbadankan harus bertempat di salah satu geografi berkelayakan.
- Pemohon berkelayakan harus berfokuskan penerbitan berita teras, contohnya bukan berkenaan gaya hidup, sukan, perniagaan-ke-perniagaan dan seumpamanya.
- Pemohon berkelayakan boleh terdiri daripada organisasi berita tradisional berasaskan keuntungan atau tidak berasaskan keuntungan, natif digital, penyiar radio dan/atau TV.
- Orang perseorangan atau entiti-entiti milik kerajaan tidak layak untuk memohon.
Rantau Berkelayakan
Organisasi harus diperbadankan atau didaftarkan di salah satu geografi berkelayakan (lihat di bawah). Organisasi yang tidak diperbadankan harus bertempat di salah satu geografi berkelayakan. Sila ambil maklum sesetengah geografi berkelayakan mungkin akan mempunyai undang-undang spesifik yang berkait dengan penerimaan pembiayaan dari Journalism Emergency Relief Fund, maka ia menjadi tanggungjawab anda untuk mematuhi undang-undang terbabit, termasuklah, sebagai contoh, mendapatkan kesemua kebenaran berkaitan dari pihak berwajib yang disempurnakan sebelum penerimaan pembiayaan.
Geografi Berkelayakan
Asia Pasifik
Australia, Bangladesh, Bhutan, Brunei, Kemboja, Kepulauan Cook, Timor Timur, Pulau Easter, Fiji, Hong Kong SAR, India, Indonesia, Jepun, Laos, Macau SAR, Malaysia, Maldives, Mongolia, Myanmar, Nepal, New Caledonia, New Zealand, Pakistan, Papua New Guinea, Filipina, Samoa, Singapura, Kepulauan Solomon, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan, Thailand, Tokelau, Tonga, Tuvalu, Vanuatu, VietnamEropah
Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Itali, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Malta, Netherlands, Norway, Poland, Portugal, Romania, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Switzerland, United KingdomTimur Tengah dan Afrika
Algeria, Angola, Bahrain, Benin, Botswana, Burkina Faso, Burundi, Cameroon, Cape Verde, Republik Afrika Tengah, Chad, Comoros, Congo (Brazzaville), Republik Demokratik Congo (DRC), Djibouti, Mesir, Guinea Khatulistiwa, Eritrea, Ethiopia, Gabon, The Gambia, Ghana, Guinea, Guinea-Bissau, Iraq, Israel, Ivory Coast, Jordan, KSA, Kenya, Kuwait, Lesotho, Libya, Lebanon, Liberia, Madagascar, Malawi, Mali, Mauritania, Mauritius, Morocco, Mozambique, Namibia, Niger, Nigeria, Palestin, Oman, Qatar, Rwanda, Sao Tome dan Principe, Senegal, Seychelles, Sierra Leone, Somalia, Afrika Selatan, Sudan, Sudan Selatan, Swaziland, Tanzania, Togo, Tunisia, Turkey, Uganda, Emiriah Arab Bersatu, Sahara Barat, Zambia, ZimbabweAmerika Utara
Kanada, Amerika Syarikat, Wilayah Luar Negara Amerika SyarikatAmerika Latin
Argentina, Bolivia, Brazil, Chile, Colombia, Costa Rica, Republik Dominican, Ecuador, El Salvador, Guatemala, Honduras, Mexico, Nicaragua, Panama, Paraguay, Peru, Uruguay
Pendanaan
Dana akan dikeluarkan dalam bentuk satu ansuran tunggal menggunakan matawang dolar AS atau Euro, bergantung kepada rantau. Jumlah dana berjulat dari beberapa ribu ringgit rendah untuk bilik berita hiper-tempatan kecil ke beberapa puluh ribu ringgit rendah untuk bilik berita bersaiz lebih besar, dengan variasi tertentu bagi sesebuah rantau.
Proses Pemilihan
Pemilihan awal cadangan akan dilakukan oleh kumpulan-kumpulan kakitangan Google yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam penerbitan dan kewartawanan digital di wilayah-wilayah yang disenaraikan di atas. Pemohon akan dihubungi melalui e-mel dan ditawarkan pembiayaan sebelum diminta menandatangani sebuah perjanjian pendanaan dengan Google. Pemohon terpilih akan diwajibkan mendaftar sebagai rakan kongsi Google (jika masih belum berbuat demikian) untuk membolehkan penerimaan dana.
FAQ
Journalism Emergency Relief Fund terbuka kepada organisasi-organisasi berita bersaiz kecil dan sederhana yang menerbitkan berita asli kepada masyarakat setempat sewaktu krisis ini. Dalam konteks ini, "setempat" bermaksud fokus utama terhadap masyarakat sasaran geografi yang spesifik.
Para pemohon yang layak harus mempunyai kehadiran digital dan telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 12 bulan. Journalism Emergency Relief Fund menyasarkan bilik-bilik berita yang menggaji minimum dua orang wartawan bertaraf pekerja sepenuh masa (full-time employee, atau FTE) hingga ke maksimum 100 orang wartawan FTE. Penerbitan tempatan yang menggaji lebih 100 wartawan FTE masih boleh melakukan permohonan dan akan dipertimbangkan berdasarkan budi bicara Google, sebahagian besarnya berdasarkan keperluan berbeza bagi negara/rantau berlainan. Organisasi haruslah berdaftar atau diperbadankan di salah satu geografi berkelayakan yang telah digariskan dalam bahagian bertajuk 'Geografi Berkelayakan'. Organisasi yang tidak diperbadankan wajib bertempat di sebuah geografi berkelayakan. Pemohon berkelayakan harus berfokuskan penerbitan berita teras, contohnya bukan berkenaan gaya hidup, sukan, perniagaan-ke-perniagaan dan seumpamanya. Pemohon berkelayakan boleh terdiri daripada organisasi berita tradisional berasaskan keuntungan atau tidak berasaskan keuntungan, natif digital, penyiar radio dan/atau TV. Entiti milik kerajaan atau individu perseorangan tidak layak memohon.
Pemilihan awal projek akan dilakukan oleh kumpulan-kumpulan kakitangan Google yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam penerbitan dan kewartawanan digital di wilayah-wilayah yang disenaraikan di atas. Mereka akan menyemak kelayakan setiap permohonan dan menentukan tahap pembiayaan yang akan ditawarkan. Pemohon akan dihubungi melalui e-mel dan ditawarkan pembiayaan sebelum diminta menandatangani sebuah perjanjian pendanaan dengan Google untuk membolehkan penerimaan dana. Google mungkin akan menghubungi kembali pemohon untuk mendapatkan matlamat lanjut dan pemohon juga akan dimaklumkan berkenaan status permohonan melalui e-mel.
Permohonan dibuka sekarang dan anda boleh memohon menggunakan borang dalam talian [di sini]. Tempoh permohonan berakhir pada 29 April 2020, jam 11:59 p.m. Waktu Pasifik, dan perlanjutan atau penyingkatan jangka waktu permohonan bergantung kepada budi bicara Google. Kami menggalakkan anda menghantar permohonan secepat mungkin. Kami akan memproses permohonan secara berterusan.
Anda akan diminta untuk memberikan maklumat asas organisasi anda serta kerja yang dirancang untuk membantu masyarakat ketika krisis ini di dalam borang permohonan dalam talian kami. Anda juga perlu menerima Terma dan Syarat Permohonan Journalism Emergency Relief Fund. Lihat borang permohonan di sini.
Borang permohonan dalam talian merupakan satu-satunya dokumen yang diperlukan untuk permohonan anda. Untuk mengesahkan kelayakan, Google akan meminta maklumat melalui borang tersebut termasuklah dan juga tidak terbatas kepada:
- Maklumat syarikat/organisasi, termasuklah tarikh penubuhan
- Lokasi, URL, bilangan wartawan bertaraf pekerja sepenuh masa (full-time employee, atau FTE)
- Penjelasan ringkas bagaimana pembiayaan akan membantu anda berkhidmat kepada masyarakat ketika krisis ini.
Lihat borang permohonan di sini yang boleh juga dimuat turun sebagai fail pdf sebelum permohonan dilakukan.
Anda boleh mendapatkan Terma dan Syarat Journalism Emergency Relief Fund di sini.
Ya, kami akan menyemak setiap permohonan berkelayakan yang diterima. Kami amat menggalakkan anda memohon secepat mungkin.
Jika anda ingin menghubungi pasukan terbabit, sila e-mel jerfund@google.com.
Ketika proses semakan, pemohon mungkin akan diminta memberikan maklumat tambahan untuk mengesahkan dan/atau menjelaskan maklumat yang telah diberikan sebelum ini.
Setiap penerbitan/tajuk dibenarkan menghantar satu permohonan (iaitu satu untuk setiap bilik berita). Permohonan berganda dari penerbitan/tajuk berbeza dalam satu syarikat/kumpulan penerbitan masih layak diterima; nota: Google berhak untuk menghadkan sebarang jumlah pembiayaan pada tahap sesebuah syarikat/kumpulan penerbitan demi memastikan pembiayaan kecemasan ini diberikan seluas mungkin.
Google akan memproses sebarang data peribadi yang telah anda berikan ketika melakukan permohonan selaras dengan polisi privasi kami. Sila semak Terma dan Syarat Journalism Emergency Relief Fund untuk maklumat lanjut. Seperti yang dinyatakan dalam Terma dan SyaratJournalism Emergency Relief Fund, kami mengkehendaki pemohon tidak menghantar sebarang maklumat perniagaan yang sensitif kepada kami.
Dana harus dihabiskan oleh organisasi pemohon untuk menyokong kewartawanan asli dalam penerbitan berita.
Maklumat perniagaan yang sensitif merupakan maklumat sulit yang jika didedahkan akan memberikan kelebihan kepada pesaing anda atau boleh menyebabkan kerugian besar kepada anda.
Sila lihat Terma dan Syarat Journalism Emergency Relief Fund untuk maklumat lanjut.
Anda lebih mengetahui berkenaan maklumat perniagaan sensitif anda. Namun, jika anda mempunyai keraguan berkenaan perkara ini, kami menasihatkan anda untuk mendapatkan khidmat nasihat perundangan bebas.
Kami akan berusaha untuk memaklumkan penerimaan permohonan anda dan memberitahu keputusan yang telah dicapai secepat mungkin. Memandangkan bilangan permohonan yang dijangkakan tinggi, kami tidak dapat menjamin waktu pemberitahuan yang spesifik tetapi kami akan berusaha sebaik mungkin untuk memaklumkan status permohonan anda di sepanjang proses ini.